Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Monday 15 December 2014

Kumpulan Maha Raja Lawak Mega 2014,Malukan Juri dari Indonesia (Farah Quinn)



PROGRAM lawak popular, Maharaja Lawak Mega 2014 kembali dengan musim terbaharunya bermula Jumaat lalu.

Seperti yang diketahui, sebanyak 15 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.

Di sebalik kekuatan lawak peserta, antara yang menjadi perhatian penonton terhadap program ini ialah kepelbagaian latar belakang barisan juri yang terdiri daripada tiga negara serumpun.

Mewakili negara Malaysia, Datuk Jalaluddin Hassan dan pelakon cantik, Nur Fazura telah diberi kepercayaan memberi ulasan dan komen terhadap setiap persembahan yang dijayakan.

Sementara mewakili Indonesia, chef seksi dan jelita, Fara Quinn diberi tanggungjawab sepertimana yang digalas Luna Maya tahun lalu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Awak Kat Mana, Taufik Batisah pula mewakili juri dariSingapura.

Jika dilihat pada minggu pertama, kebanyakan kumpulan hanya ‘so-so’ sahaja persembahan mereka namun ada juga yang dilihat mampu memberikan saingan kepada peserta ‘favourite’ seperti Sepahtu, Shiro dan Virus.

Antaranya, kumpulan Jalur yang dianggotai Along Cham, Rahim dan Joey muncul dengan lawak kreatif sekali gus menghangatkan pentas pada hari tersebut.

Namun, rupanya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan lawak separa lucah yang diketengahkan mereka.

Lawak mahu menghisap ‘nenen’ yang ditujukan kepada Fara mungkin bagi sesetengah orangboleh menerimanya, tetapi ada juga yang mengatakan lawak sebegitu boleh mengaibkan Fara dan jelas raut wajahnya juga sedikit berubah ketika lawak itu ditujukan buatnya.

Mungkin selepas ini pelawak-pelawak tempatan perlu lebih membuat research untuk membuat lawak yang lebih bijak daripada menggunakan lawak-lawak separa lucah dalam meraih perhatianpeminat untuk mengundi mereka.


Anzalna mandi buih di Singapura

MASUK penghujung tahun, ramai juga yang mengambil cuti untuk merehatkan sebentar minda mereka daripada kesibukan kerja.

Antaranya aktres cantik, Anzalna Nasir yang turut berkesempatan bercuti di negara jiran, Singapura, baru-baru ini.

Bila diintai di laman Instagram banyak foto-foto menarik sepanjang percutiannya di sana dikongsikan Anzalna khas buat pengikut laman sosialnya itu termasuk dirinya sedang bersantai bermandi buih dalam ‘infinity pool’ di Marina Bay Sands.

Jom tengok gambar-gambar fotogenik Anzalna yang memang sentiasa kelihatan cantik dan tak jemu mata memandang! - MYNEWSHUB.CC

Saturday 29 November 2014

Foto Shaq O'Neal Berdiri Di Sebelah Replika Manusia Paling Tinggi Penah Hidup




Robert Wadlow.

Born February 22, 1918
Alton, Illinois
Died July 15, 1940 (aged22)
Manistee, Michigan
Causeof death Parasitic infection
Nationality American
Education Alton High School Alma mater Shurtleff College
Known for Tallest verified human being
Hometown Alton, Illinois
Height 8ft 11.1in (2.72m)[
Weight 492lb (223kg)
Parents Harold Franklin Wadlow
Addie Johnson

Tuesday 11 November 2014

Wanita China pulang dari bedah muka di Korea sukar lepas kawalan lapangan terbang

China - WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.

Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.

Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.

Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.

Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.

Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.

Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.-

10 MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA

makanan termahal di dunia

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Thursday 30 October 2014

Yusof Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin

Impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yang popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

"Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

"Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan," ujarnya.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai, KL Life Centre, di sini, Khamis.

Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti.

Tambah Yusof, disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat.

"Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

"Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya," ujar Yusof.

Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Selain Rahim, pelakon laij yang turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose.

17 Gambar Lelaki Mirip Ustaz Azhar Idrus Didedahkan


Sebuah video lucah yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah tersebar luas di laman sosial baru-baru ini.
Namun, UAI enggan memberi sebarang komen ataupun membuat laporan polis mengenai video tersebut.
Oleh itu, pakar forensik atau pakar forensik yang tidak bertauliah membuat risikan di media maya.
Hasilnya, mereka menemui seorang lelaki yang juga pelakon dikatakan mirip UAI.
Lelaki yang didakwa mirip UAI itu merupakan seorang pelakon yang berasal dari Perancis iaitu Slimane Dazi. Lihat koleksi gambar lelaki ini..

Emma tak kesah berbogel






LOS ANGELES: Usianya baru 18 tahun pada beberapa bulan lalu, tetapi bintang filem Harry Potter, Emma Watson, kini menimbang cadangan untuk berbogel dalam filem.

Dilihat sebagai satu lagi bukti tekanan ke atas wanita dalam industri filem, aktres muda itu mengaku rela menayangkan seluruh tubuh jika skrip memerlukannya begitu.

Wednesday 29 October 2014

Penangan Bila Hati Berbicara


PELAKON baru yang kini sedang giat menempa nama di Malaysia, Atikah Suhaime mengakui berdebar menantikan respons penonton terhadap drama terbaru lakonannya, Bila Hati Berbicara.

Selain Atikah drama ini turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Hafreez Adam, Azwan Kombos dan Raja Ilya.

Tuesday 28 October 2014

Foto2 Wanita Pakai Korset Besi 7 Tahun Untuk Dapat Pinggang 16 Inci

The woman with a 16-inch waist: Model TRAINED her body to be that shape by wearing a corset for the past seven years.

Kelly Lee Dekay, 27, started 'waist-training' seven years ago*.

The fetish model from New York claims it helped her to overcome shyness.

Kelly uses a*steel*boned tight-laced corset to shrink her waist*.

She struggles*to*climb stairs and lift heavy items when she is wearing it .



Kelly Lee Dekay pictured around the age of sixteen with a friend at school in New York City was incredibly shy as a child.
Copyright © 2014 MR TOKMU