Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Monday 15 December 2014

Berbogel, seks dalam jakuzi depan orang ramai



Singapura: Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS), lapor media semalam.

Gambar aksi melampau pasangan itu dimuat naik seorang wanita yang menyaksikan kejadian ke laman web Stomp.

Menurut wanita terbabit, pasangan berkenaan tidak menghiraukan orang lain - termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berasmara.

Menurut akhbar The Straits Times, saksi dikenali sebagai Lee, 41, berkata dua anaknya dan sepupu mereka yang berusia lima hingga 11 tahun mengadu melihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.

Lee terus memaklumkan pihak pengurusan sebelum mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu yang jelas dilihat mengadakan seks di dalam jakuzi berkenaan.

Pasangan itu hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.

RWS berkata, perkara itu masih dalam siasatan. - Agensi

Ratu Cantik Dunia 2014 milik Miss Afrika Selatan

Keputusan pertandingan berprestij ini sememangnya sentiasa dinanti-nantikan dunia meskipun secara tradisinya ianya dijalankan setiap tahun.

Sekali lagi, Pertandingan Ratu Cantik Dunia melakar sejarah buat tahun 2014 apabila seorang gadis jelita dari Afrika Selatan telah dinobatkan pada pertandingan akhir yang berlangsung di London, semalam.



Miss Afrika Selatan bernama Rolene Strauss, 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan oleh Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina.

Strauss yang merupakan seorang pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London.

Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga diberi kepada Miss Elizabeth Safrit.

Selain itu, acara ini turut memberi anugerah khas kepada Ratu Cantik Dunia 1994, iaitu bintang Bollywood terkenal Aishwarya Rai.

Aishwarya Rai, 41 tahun hadir ke atas pentas di temani keluarga tercinta iaitu suaminya, Abhishek Bachchan dan anaknya perempuannya serta ibu pelakon India itu.

Menurut laporan AFP, keputusan pertandingan akhir ini disaksikan oleh billion penonton menerusi kaca televisyen dari seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

Saturday 6 December 2014

Lelaki eksperimen diri minum 10 tin Coke sehari selama 30 hari dan ini hasilnya

George Prior, 50, bersetuju dengan eksperimen yang memerlukan beliau minum 10 tin Coca-Cola sehari selama 30 hari.

Dengan berbuat demikian, beliau yang berasal dari Los Angeles, Amerika Syarikat menambah lagi 900 kalori dan 250 gram gula ke dalam diet hariannya.

Ini menjadikan, dalam tempoh 30 hari, beliau mengambil tambahan 27,000 kalori dan 7.5 kilogram gula.

Hasilnya, berat beliau bertambah, perut menjadi buncit, love handles juga wujud selepas tempoh berkenaan.

Tekanan darah beliau juga meningkat daripada 129/77 pada permulaan kepada 145/96 di penghujung eksperimen.

Di penghujungnya, bapa kepada dua anak itu mengakui beliau sudah mula ada ketagihan (namun tidak terlalu kuat) terhadap Coca-Cola.

Tempoh 30 hari George itu direkodkan dalam diari online antara Oktober ke November lalu.

“Saya akan memilih untuk tidak berbuat begini lagi, saya tidak suka berat seperti ini,” katanya dilaporkan media.

Beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan pengambilan gula dalam badan.

“Saya rasa ramai yang menderita masalah kesihatan seperti kencing manis dan masalah jantung tidak menyedari mereka boleh membantu diri sendiri dengan berhenti mengambil gula,” katanya.

George menegaskan, beliau bersetuju melakukan eksperimen tersebut demi sains.













Saya akan berikan anda 1200PLR Ebook Hebat Tapi Murah Giler..!? untuk RM30.00

Kantoi di masjid



Kuala Lipis: Ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Jumaat, sepasang suami isteri mengambil kesempatan mencungkil pintu kereta milik jemaah lalu menyelongkar sebelum mencuri barang berharga termasuk pemain cakera padat digital (DVD), di Masjid Kampung Sanlang, Penjom, dekat sini, jam 1.30 petang kelmarin.

Perbuatan lelaki berusia 31 tahun berasal dari Kuarters Pasir Mas Sawmill, Gua Musang, Kelantan, bersama isterinya berusia 30 tahun berasal dari Pantai Cahaya Bulan, Kelantan itu terbongkar selepas mereka ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Turut ditahan, enam anak pasangan terbabit berusia tujuh bulan hingga 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum itu anggota polis terserempak dengan pasangan terbabit berada di dalam sebuah kereta Proton Iswara dalam keadaan mencurigakan di perkarangan masjid berkenaan sebelum menghampiri mereka untuk menjalankan pemeriksaan.
"Polis menemui lima senjata tajam, pelbagai peralatan pecah rumah, lima telefon bimbit, tiga utas jam tangan, seutas rantai leher, tiga gelang tangan dan empat resit surat pajak gadai," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.



Saya akan berikan anda 1200PLR Ebook Hebat Tapi Murah Giler..!? untuk RM30.00


Tuesday 11 November 2014

Janda berkain batik dicekup dengan suami orang dalam kaunter tiket bas



Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam.

Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang.

Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai.

Wednesday 29 October 2014

Zhang Jian, bakal orang terkaya di dunia ditahan di Thailand


Papan iklan gergasi memaparkan Jian yang dipasang di Butterworth.

GEORGE TOWN: Lelaki warganegara China, Zhang Jian yang menggelarkan dirinya 'Bakal orang Terkaya Di Dunia' telah ditahan di Thailand.

Tuesday 28 October 2014

Ambulan mewah di DUBAI...








Di Dubai kita semua tahu terdapat kenderaan polis yang mewah seperti Lamborghini dan GTR. Kini pekhidmatan bantuan kecemasan juga menggunakan kenderaan mewah berprestasi tinggi Lotus Evora dan Ford Mustang. Kenderaan bantuan kecemasan ini tidak boleh membawa pesakit ke hospital tetapi mampu memberikan batuan awal untuk menstabilkal pesakit. Ia dilengkapi heart monitor, pek bantuan awal dan defibrilator. Ini memang swagbulance. Coming up next lori sampah Ferrari in Dubai. Jangan ketawa kerana ianya mungkin berlaku. Ada urban legend seorang Maharaja India marah dengan Rolls Royce kerana enggan melayan beliau ketika di London. Baginda kemudian membeli kereta Rolls Royce yang kemudian diubah suai menjadi lori sampah di negeri di bawah jajahan baginda. Wasteful vangeance

Bapa buat repot polis anak perempuannya ke Turki kahwin militan IS






 

MELAKA: Seorang aktivis keagamaan wanita terbang ke Turki untuk berkahwin dengan militan Negara Islam (IS) selepas hanya seminggu berkenalan di laman sosial September lalu.

Bapa wanita yang berusia 56 tahun membuat laporan polis dan memberitahu beliau telah melihat gambar berkaitan dengan senjata, kelengkapan militan dan aktiviti berkaitan keganasan di dalam komputer riba milik anaknya itu.

Tambah lelaki itu, anaknya hilang pada 29 September selepas mengenali seorang lelaki, yang berasal dari Johor.

Sementara itu, saudara wanita itu berkata, pasangan tersebut mula mengenali antara satu sama lain pada September lalu.

Wanita itu memberitahu keluarganya bahawa dia mahu berkahwin di Turki dan bapanya telah membuat laporan polis pada 30 September lalu, malah lelaki terbabit telah memasukkan duit RM6,000 dalam akaun anaknya untuk membeli tiket penerbangan ke Istanbul.

Copyright © 2014 MR TOKMU