Zhang Jian, bakal orang terkaya di dunia ditahan di Thailand
Papan iklan gergasi memaparkan Jian yang dipasang di Butterworth.
GEORGE TOWN: Lelaki warganegara China, Zhang Jian yang menggelarkan dirinya 'Bakal orang Terkaya Di Dunia' telah ditahan di Thailand.
Jian Ditahan oleh Polis Thailand berkaitan dengan skim piramid yang melibatkan mangsa di China dan Malaysia dengan jumlah lebih kurang 6 juta baht (RM600,000) dan 3 juta baht (RM300,000).
Mengikut The Nation, pihak polis juga turut mencari warga Thai yang terlibat dengan skim yang dilancarkan pada Jun lalu.
Laporan akhbar itu juga berkata, polis Bangkok turut menahan Song Miqui,37, dan Wang Wenfang,29, dalam sebuah kondominium di Pathumwan pada Isnin dan merampas wang tunai dalam pelbagai matawang.
Pihak polis juga turut merampas lima kontrak penjualan tanah di Phuket bernilai 22.3 juta baht (RM2.23juta), dua perjanjian tanah di Phuket serta akaun bank berjumlah 1.5 juta bath (RM150,000) dan kad pengenalan Thailand.
Jian,26, pengasas YSLM atau turut dikenali Yun Shu Mao-'multi-level marketing' turut dilaporkan menyertai 100 hari program di kuil, Phuket sejak awal bulan Ogos.
Pun begitu, menurut sumber, dia terpaksa berhenti separuh jalan kerana kuil tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang mahu menjadi pengikutnya dan menyertai YSLM.
Jelas Jiang, dia telah menyumbang RM394,330 kepada kuil itu selepas syarikatnya mencapai sasaran RM50 juta.
Awal Julai lalu, Jian menjadi perhatian media Malaysia apabila mukanya muncul dipapan iklan gergasi yang mendakwa dia adalah 'Bakal Orang Terkaya Di Dunia'.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat siasatan dan mendapati YSLM berikatan dengan skim cepat kaya sebelum Jian meninggalkan negara ini pergi ke Thailand.
YSLM selepas itu menawarkan untuk mengembalikan wang kepada ahli-ahlinya yang belum memperkenalkan skim ini kepada orang lain
0 comments:
Post a Comment