Saturday 29 November 2014

Lenovo Vibe Z2 Pro Kini Dijual Di Malaysia

141126-lenovo-vibe-z2-pro-malaysia1





Lenovo Malaysia telah mula menjual telefon pintar utama terbarunya Lenovo Vibe Z2 Pro. Phablet 6 inci ini dijual di Malaysia pada harga RM 2,299 dan dipakejkan dengan headphone Bluetooth JBL E-40 bernilai RM428.







Lenovo Vibe Z2 Pro Kini Dijual Di Malaysia

Lenovo Vibe Z2 Pro bukan setakat phablet bersaiz 6 inci, malah mempunyai spesifikasi tinggi yang memberangsangkan. Skrin bersaiz 6 incinya mempunyai kepadatan piksel 490ppi yang melebihi iPhone 6 Plus, manakala didalamnya terdapat pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801 dengan 3GB RAM dan 32GB ruang storan yang tidak boleh ditambah.
Memandangkan mempunyai skrin besar yang mempunyai resolusi tinggi tentunya memakan tenaga bateri yang lebih, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh, namun masih mengekalkan ketebalan 7.7mm dan bera 179g.

HTC Nexus 9 Akan Tiba Ke Malaysia



HTC Nexus 9 Akan Tiba Ke Malaysia

Berikutan penemuannya di senarai badan kawalselia SIRIM, HTC Nexus 9 dijangka bakal dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi. Model yang akan masuk ke Malaysia adalah model 4G LTE yang menyokong jalur LTE 1800MHz/2600MHz di Malaysia.




nexus-9-official-zitron-malaysia-SIRIM

Foto Shaq O'Neal Berdiri Di Sebelah Replika Manusia Paling Tinggi Penah Hidup




Robert Wadlow.

Born February 22, 1918
Alton, Illinois
Died July 15, 1940 (aged22)
Manistee, Michigan
Causeof death Parasitic infection
Nationality American
Education Alton High School Alma mater Shurtleff College
Known for Tallest verified human being
Hometown Alton, Illinois
Height 8ft 11.1in (2.72m)[
Weight 492lb (223kg)
Parents Harold Franklin Wadlow
Addie Johnson

Thursday 27 November 2014

Senarai 24 pemain Pulau Pinang menjelang aksi Liga Perdana 2015





Kompom sudah Jackson latih Penang.

Barisan kejurulatihan baharu Pulau Pinang pada musim 2015

Ketua Jurulatih: Jackson Ferreira Tiago (Brazil & Persipura Jayapura)

Penolong Jurulatih: Amilton Da Silva Oliverira (Brazil & Persipura Jayapura) dan Manzoor Azwira Abd Wahid

Jurulatih Penjaga Gol: Mohd Hisham Jainuddin

Jurulatih Kecergasan: Leonardo Azevedo.
                                           

5SEBAB AFFILIATE MARKETING PALING DI GEMARI ORANG RAMAI

Tahukah anda bahawa ramai orang peniaga dan usahawan pergi online untuk mencari peluang baru sejak pertengahan 90'an? Dan kebelakangan ini, semakin ramai lagi orang baru dari seluruh dunia menjejak Internet dengan harapan untuk menjana wang yang lebih.
Walaupun ada banyak cara untuk menjana wang dari Internet, tahukah anda juga bahawa Affiliate Marketing merupakan satu-satunya cara yang paling popular untuk menjana pendapatan yang lumayan bagi orang-orang yang baru bermula dan termasuk otai usahawan Internet?
5 Sebab Affiliate Marketing Paling Digemari Orang Ramai


Subjek(Pilih Satu):
1. Panggilan Terakhir (Mesin Komisen)
2. Peluang terakhir...
3. Masih teragak-agak?

Ini panggilan terakhir untuk anda dapatkan kursus terkini "Mesin Komisen" dari Edmund Loh.

Buat sementara ini, anda boleh dapatkan akses segera kepada kursus beliau pada harga intro:


Saya juga ingin ambil kesempatan ini untuk tampalkan Q & A (Soalan dan Jawapan) yang mungkin anda tertanya-tanya mengenai kursus digital ini...


S: Adakah ini sesuai untuk orang yang baru sahaja menceburi arena Internet Marketing?

J: Ya, kursus digital ini direka semata-mata untuk orang yang baru bermula dan tidak berhasrat untuk mencipta produk sendiri.


S: Isi kandungan semua dalam Bahasa Malaysia?

J: Ya, kebanyakan. Oleh kerana kultur Internet banyak juga dipengaruhi Inggeris, memang terdapat banyak istilah Inggeris juga. Tapi semuanya mudah difahami dan tiada 'jargon' yang susah dikatakan.


S: Bolehkah sistem ini boleh dipraktikkan dalam pasaran tempatan, atau cuma pasaran antarabangsa sahaja?

J: Mana-mana pun boleh, suka hati anda!


S: Adakah cara yang diajarkan ini sesuai untuk ClickBank? Macam mana dengan affiliate program yang lain?

J: Cara yang diajar ini boleh dipakai dalam apa jua jenis affiliate program dan tidak terhad kepada ClickBank sahaja. JVZoo, JomNiaga, dll pun boleh!


Kalau anda baru bermula dan tidak rasa mampu atau kurang yakin mencipta produk sendiri lagi, saya rekomen Mesin Komisen kepada anda:




P.S. Tiada jaminan bila-bila masa beliau boleh kembalikan harga kursus ini kepada harga retail.

Ini juga peluang terakhir untuk anda dapat belajar dari beliau sebelum pesaing anda:


Tuesday 11 November 2014

Wanita China pulang dari bedah muka di Korea sukar lepas kawalan lapangan terbang

China - WANITA China yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.

Rata-rata wanita China memasuki negara tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit, membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.

Perubahan secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.

Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.

Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor kecantikan di negara itu.

Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah jelita serta muda.

Berikut merupakan wajah sebelum dan selepas pembedahan plastik oleh wanita China.-

10 MAKANAN TERMAHAL DI DUNIA

makanan termahal di dunia

SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Janda berkain batik dicekup dengan suami orang dalam kaunter tiket bas



Jitra: Sebuah kaunter tiket bas ekspres yang bertutup sejak awal pagi semalam membongkar kegiatan maksiat dilakukan seorang anggota tentera bersama pasangannya sebelum dicekup berkhalwat, semalam.

Mereka dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) di kaunter bas Bandar Darulaman, di sini, ketika tidur dalam kaunter terbabit jam 1.30 petang.

Difahamkan, kaunter itu dipercayai beroperasi pada jam 4 petang setiap hari dan kesempatan itu digunakan pasangan terbabit berdua-duaan untuk mengelak dikesan orang ramai.

Maksud Sebenar Perkataan 'BAHLUL'

Maksud Sebenar Perkataan 'BAHLUL'

Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan
oleh masyarakat setempat terutamanya untuk
menyatakan seseorang itu ***** atau lurus
bendul. 

Tapi tahukah anda asal usul perkataan
Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang
sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu
melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada
seseorang itu adalah sebagai satu doa yang
baik?

Friday 7 November 2014

Padang tiruan bukan halangan



Sunday 2 November 2014

SENARAI RASMI PEMAIN JDT 2015




Beberapa buah pasukan telah mula membuat perancangan dan persiapan untuk Musim 2015 yang lebih menarik. Musim bolasepak Malaysia 2014 tamat malam tadi apabila Pahang sebagai juara bertahan Piala Malaysia telah menewaskan JDT dengan sepakan penalti 5-3.

Mat Yo Jadi Gurauan Di Internet, Turut Dilelong RM2 Di Mudah!




Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecam penyerang Johor Daruk Ta’zim (JDT), diri pemain itu turut menjadi jualan di laman web mudah.com.my dengan harga hanya RM2.Penulis beranggapan gambar yang tersebar sebenarnya diedit oleh pihak tertentu seperti pemain itu yang dikenali sebagai Mat Yo seperti dilelong murah betul-betul di internet.

Mr Tokmu cuba mencari di laman web jualan internet itu untuk nama Mat Yo tetapi gagal membuktikan ia perbuatan nakal pihak tertentu memalukan Mat Yo dalam nada bergurau.

MENARIK!!! - Mat Yo Gagal Ambil Penalti, Peminat Ungkit Kisah Pak Guard
Rata-rata pengguna media sosial berasa kasihan kepada Mat Yo yang dibahan teruk di internet ekoran kegagalannnya menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan sepakan itu selepas kedududukan terikat 2-2.

Bagaimanapun, perbuatan menghasilkan gambar umpama Mat Yo dijual di internet merupakan penghinaan kepada beliau yang juga pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan sebelum ini.

Pasukan JDT tewas malam tadi kepada Pahang, 3-5 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan Pahang terus menyimpan piala keramat itu selepas memenanginya musim lepas.

Kedudukan seri terikat sepanjang 90 minit masa permainan termasuk 30 minit masa tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan kemudian Pahang berjaya menjaringkan penalti kemenangan.
Copyright © 2014 MR TOKMU