Thursday 30 October 2014

Norfarhan Sah Kembali Ke Pasukan Kelantan




Penyerang negara, Norfarhan Mohammad antara pemain terawal yang disahkan akan menyarung jersi pasukan Kelantan 2015.

Kehadiran kembali pemain yang cukup sinonim dengan pasukan dan penyokong The Red Warriors itu diumumkan oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial facebook.

Norfarhan memiliki banyak kenangan manis sepanjang beraksi bersama Kelantan sebelum dua kali berpindah ke T-Team dan Terengganu. Antaranya memenangi Anugerah Penyerang Terbaik di Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2013 serta menjaringkan gol tunggal yang juga merupakan gol kemenangan Kelantan ketika menentang Johor DT dalam aksi perlawanan akhir Piala FA musim lalu.



Kehadirannya amat dinantikan bukan sahaja oleh penyokong, malah pasukan yang dahagakan penyerang yang mempunyai sentuhan penyudah di depan gawang lawan.

Senarai 21 pemain Kelantan 2014
 Persiapan awal dilakukan oleh pasukan Kelantan menjelang musim depan.

Berikut adalah senarai terbaru Pemain Kelantan 2015 (yang diberitahu oleh Tan Sri Annuar Musa) :
1) Khairul Fahmi Che Mat
2) Syazwan Yusoff
3) Shahrizan Ismail
4) Nik Shahrul
5) Tuan Faim
6) Zairul Fitree
7) Fitri Omar
8) Wan Zack Haikal
9) Wan Zaharulnizam
10) Fakri Saarani
11) Brendan Gan
12) Badri Radzi
13) Khairul Izuan
14) Amar Rohidan
15) Farisham Ismail
16) Norfarhan Mohammad
17) Norhafiz Zamani Misbah
18) Hazrul Mustafa
19) Herman Tchetche
20) Igadaro Isaguano
21) Jonathan Mckain
22)
23)
24)
25)

Ada beberapa lagi kekosongan untuk diisi termasuk seorang pemain import.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 MR TOKMU