Tuesday, 11 November 2014

Maksud Sebenar Perkataan 'BAHLUL'

Maksud Sebenar Perkataan 'BAHLUL'

Perkataan ‘Bahlul’ sering kita dengar diucapkan
oleh masyarakat setempat terutamanya untuk
menyatakan seseorang itu ***** atau lurus
bendul. 

Tapi tahukah anda asal usul perkataan
Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang
sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu
melemparkan perkataan ‘Bahlul’ kepada
seseorang itu adalah sebagai satu doa yang
baik?

Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal
dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan
yang diberikan kepada seseorang yang
bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau
Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-
Rasyidin. 

Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal
sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam
pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul
kerana dia telah meninggalkan kekayaannya
dan hidup dengan gaya yang selekeh.

Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan
kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami
paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.

Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid
bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang
sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka
Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid,
isterinya dan Bahlul.

Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah
syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada
Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan
Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu
rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis
nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga.
Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu
tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah
kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid
bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau
dah nampak!

Cerita 2
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin
memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata,
“Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki
yang paling ***** atas muka bumi ini. Jika
kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang
lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu,
berikanlah kepadanya”. Dan Bahlul menjadi
bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid
jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan
yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang
untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya
khabar dan terjadi satu perbualan yang
menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh
menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan
pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan
kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi
untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal.
Kau dah siapkan tentera untuk tunggu
kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau
sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul.
Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau
menghantar tentera sebagai persiapan rapi
untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah
sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu
tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya.
Dan kau tidak membuat sebarang persiapan
untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini.
Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang
lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh
Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah.
Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu
Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu
bertanya:
Bahlul : Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan
berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul : Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan
berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul : Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut
sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul : Sebenarnya jawapan2 kamu tidak
tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab
dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu
dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya
kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi
tidak menutup aurat serta sumbernya adalah
haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan
adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan
dendam dan kebencian sesama Muslim buat
apa?

Sedutan dari jejak rasul yang memetik kisah
Bahlul

Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul
bukanlah seorang yang ***** atau lurus
bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga
sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun
datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan
nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul
ini seorang wali Allah.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah
disalah ertikan oleh masyarakat yang
menggunakanan perkataan itu untuk
menyatakan seseorang itu *****. Sebenarnya
perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang
tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak
adalah sebagai satu doa yang baik.

Mengharapkan orang itu menjadi seperti
Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan
itu disalah ertikan oleh masyarakat kita.

Wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 MR TOKMU