Saturday 29 November 2014

Lenovo Vibe Z2 Pro Kini Dijual Di Malaysia

141126-lenovo-vibe-z2-pro-malaysia1





Lenovo Malaysia telah mula menjual telefon pintar utama terbarunya Lenovo Vibe Z2 Pro. Phablet 6 inci ini dijual di Malaysia pada harga RM 2,299 dan dipakejkan dengan headphone Bluetooth JBL E-40 bernilai RM428.







Lenovo Vibe Z2 Pro Kini Dijual Di Malaysia

Lenovo Vibe Z2 Pro bukan setakat phablet bersaiz 6 inci, malah mempunyai spesifikasi tinggi yang memberangsangkan. Skrin bersaiz 6 incinya mempunyai kepadatan piksel 490ppi yang melebihi iPhone 6 Plus, manakala didalamnya terdapat pemproses 2.5GHz Quad-Core Snapdragon 801 dengan 3GB RAM dan 32GB ruang storan yang tidak boleh ditambah.
Memandangkan mempunyai skrin besar yang mempunyai resolusi tinggi tentunya memakan tenaga bateri yang lebih, ia dilengkapi dengan bateri sebesar 4,000mAh, namun masih mengekalkan ketebalan 7.7mm dan bera 179g.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 MR TOKMU