Thursday 30 October 2014

Emma tak kesah berbogel






LOS ANGELES: Usianya baru 18 tahun pada beberapa bulan lalu, tetapi bintang filem Harry Potter, Emma Watson, kini menimbang cadangan untuk berbogel dalam filem.

Dilihat sebagai satu lagi bukti tekanan ke atas wanita dalam industri filem, aktres muda itu mengaku rela menayangkan seluruh tubuh jika skrip memerlukannya begitu.


Berita terbaru itu tentu mengejutkan peminat Emma yang melihatnya masih se bagai gadis sunti, Hermione Granger, dalam cerita rekaan JK Rowling.

Ketika ditanya sama ada Emma rela bertelanjang, dia mengaku bersedia.

“Ya. Untuk Bernardo Bertolucci (pengarah Itali yang memenangi Oscar melalui filem The Last Emperor), tetapi bergantung kepada keadaan.

“Saya tidak bercadang berbogel dalam tempoh terdekat, tetapi ia adalah sebahagian daripada tugas saya.

“Saya berada pada peringkat usia aneh kerana belum menjadi wanita dewasa, tetapi bukan juga budak,” katanya.

Menurut pelakon Britain kelahiran Paris itu, syarikat pengeluar filem memberitahunya, beberapa tahun lagi dia sesuai membawa watak yang memerlukan aksi berani itu.

Jangan kata Aiman...aku pun tak kisah nak tengok filem tu nanti..

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2014 MR TOKMU